Powered By Blogger

Tuesday, September 7, 2010

HATI IBARAT TANAH

     Pada kali ini Pok Muda Pencen tergerak hati pula hendak kongsi bersama sahabat tentang tahap kedudukan dan kesempurnaan hati kita.  Pernahkak kita perhatikan pada tanah yang menjadi sumber kepada kehidupan tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini?
     Kadang-kadang kita lihat ada pokok yang tumbuhnya subur dan mendatangkan hasil yang bermunafaat kepada penanamnya.  Pada kawasan lain pula kita lihat ada terdapat pokok yang hidupnya tidak subur serta tidak mendatangkan hasil yang diharapkan atau pun ianya membebankan  penanamnya.
     Kalau diadaptasikan dengan hati kita, ianya ada mepunyai beberapa persamaan.  Pada kesempatan ini Pok Muda Pencen cuba terjemahkan hati kita mengikut kesesuian dan kesuburan tanah untuk menanam benih Iman dan Islam dalam kehidupan kita.  Semoga ianya menginsafkan serta menyuburkan semangat kita untuk menyemarakkan cara hidup Islam dalam kehidupan kita.

     TAHAP 1:  Tanah subur, iaitu hati yang telah tersedia mendapat hidayah Allah S.W.T.  Setiap biji benih yang ditanam akan tumbuh subur walau pun tanpa penjagaan yang rapi.  Namun begitu tumbuhan lain akan sama-sama tumbuh subur bersama tumbuhan yang ditanam.   Tuan punya tanah perlu selalu mencabut tumbuhan yang tidak dikehendaki tersebut, agar ianya tidak menenggelamkan tumbuhan yang ditanam.  Hati yang sebegini akan mudah menerima pengajaran dan mengamalkanya suruhan-suruhan agama dalam kehidupan mereka.  Mereka inilah yang menjadikan moto pegangan hidup mereka "kami dengar kami taat".  Namun begitu mereka hendaklah sentiasa "mentain" amalan mereka agar tidak keterlaluan yang menyalahi sunnah  Rasulullah S.A.W. (jangan nanti termasuk golongan yang mengada-adakan dalam agama).

     TAHAP 2:  Tanah kering dan keras, iaitu hati yang degil dan susah terima pengajaran.  Apabila biji benih diletakan diatasnya biji benih itu tidak akan tumbuh jika tidak disiram air dan dibaja selalu.  Ada ketikanya benih langsung tidak tumbuh dan merugikan penanam yang terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menyelenggara tanaman yang tidak mendatangkan hasil.  Hati sebegini ialah hati puak Musyrikin yang susah untuk menerima kerasulan Rasulullah S.A.W.  Hati mereka keras serta gersang intuk menerima kebaikan dan dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.  Namun berkat usaha Rasulullah S.A.W. bersama sahabat-sahabat baginda yang tidak gentar dengan ancaman, sabar dengan tohmahan serta cacian dengan sentiasa mengharapkan redha Allah S.W.T. tanpa jemu, Islam tersebar dengan luas hingga dikenali serata dinia.

     TAHAP 3:  Tanah bukit yang hanya diliputi oleh batu-batu kerikil dan batu kapur,  iatu hati yang langsung tidak mahu mmenerima pengajaran bahkan bertindak dengan sewenang-wenangnya mentang suruhan agama. Apabia diletakan biji benih keatasnya ianya akan mengering dan berkemunkinan mendatangkan bau yang busuk apabila benih tersebut buruk dan mereput.  Hati sebegini ialah hati puak kafir Yahudi dan Nasrani yang selama-lamanya tidak akan menerima kebaikan serta kebenaran agama Islam.  Bahkan mereka akan   berusaha-bermati-matian untuk menghapuskan Islam dan kebenaran dari Allah S.W.T.

Hanya sekian untuk kali ini semoga berjumpa di lain ketika.  Harapan Pok Muda Pencen agar kita dapat pengajaran yang berguna daripadanya.  Silalah sahabat-sahabat berikan komen yang berguna untuk lebih memantapkan lagi keimanan serta istiqamah Pok Muda Pencen.  Renung-renungkan dimanakah kita sebenarnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.